Assalamualaikum.
Rindunya nak ber-blogging. Dah lama x update nie haa. Excited sangat dah nie nak cite pasal autisme. Korang tahu tak apa itu autisme ? I know, ada sesetengah orang yang tak pernah dengar lagi perkataan tue dan ada yang dah pernah dengar dan tau apa itu AUTISME. So here today, aku nak share dengan korang apakah itu autisme. Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Tanda-tanda & gejala berlaku:
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakkan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
No comments:
Post a Comment